السلام علسكم ورحمةالله وباركاته


PENGENALAN

Akademi Tahfiz Nurid Al- ‘Ilmi (ATNA), sebelumnya dikenali sebagai Pusat Tuisyen Anda Bestari (PTAB). Merupakan sebuah sekolah persendirian sepenuh masa yang menawarkan program pendidikan peringkat menengah yang menggabungkan pendidikan Islam dan Akademik. PTAB membuat pengambilan pelajar-pelajar lepasan tahfiz al- Quran, dan sekolah Pondok yang tiada kelayakan akademik.
Bermulanya penubuhan PTAB ini pada sekitar tahun 2005 apabila melihat ramai lepasan tahfiz dan pondok yang tidak mempunyai kelayakan akademik untuk menyambung pengajian ke pringkat universiti. Justeru, PTAB mengambil tanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar ini untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dan menjadi golongan professional.
Alhamdulillah, dengan keizinan-Nya, PTAB berjaya  melahirkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan berjaya melanjutkan ke peringkat universiti.
Untuk melahirkan lebih ramai golongan huffaz yang professional, PTAB mengambil langkah untuk menaik taraf ke peringkat lebih tinggi lagi, dari sudut pengurusan dan juga akademi, maka PTAB dinaik tarafkan menjadi Akademi Tahfiz Nurid Al – ‘Ilmi.


                                             ---->  Video Pengenalan <-----