Saturday, March 22, 2014

Keputusan SPM 2013


Antara pelajar terbaik SPM 2013 peringkat Akademi Tahfiz Nurid Al Ilmi a.k.a Pusat Tuisyen Anda Bestari.
Asiah Siddiqah 9A
Fakhri Mubarak 8A
Mujiburrahman 8A
AnNisa Solehah 7A
Tahniah diucapkan, semoga Allah memelihara Al Quran yang telah anda hafaz,dan diberkati serta ditambah dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat..

Wednesday, March 5, 2014

Makluman Pemindahan Asrama Lelaki

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Bermula 7 Mac 2014 (Jumaat), asrama putra akan berpindah ke tingkat bawah Blok F, Pangsapuri Suakasih. Semua pelajar asrama akan terlibat dalam kerja pemindahan barang dari asrama lama ke asrama baru. Gotong royong akan dilakukan pada:
Tarikh: 7 Mac 2014
Masa : 3.00 petang.

Semua Pelajar Asrama Lelaki WAJIB terlibat dalam proses pemindahan dan gotong-royong ini.

Monday, February 24, 2014

Akademi Tahfiz Nurid Al Ilmi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bermula tahun 2014, Pusat Tuisyen Anda Bestari(PTAB) kini telah dinaik taraf ke Akademi Tahfiz Nurid Al Ilmi(ATNA). Semoga penaiktarafan ini akan berjaya melahirkan ramai lagi para Huffaz yang berjaya menguasai Ilmu dunia dan Akhirat.